Domo-kun Cute
Hye visitor! Thanks for visiting me here.. Enjoy your blogwalking.

View & Share This Campaign !!

Sebenarnya.....SAYA ISTERI DIA!


Assalamua'laikum.

Rileks-2. Jawab salam dulu. Eh, hang sihat dak?
Harap hang sihat. Takmau tengok hang sakit. :)
Hari nie entry aku VERSI KEDAH.
Takpa kot noh? Haa. Okay lettew.

Untuk menunaikan apa yang telah aku katakan pada Kak Lyssa
bahawa aku akan UPDATE ENTRY setiap hari Sabtu maka akanku tunaikan.
*Ayat kalah budak sastera. Kes tue budak sastera bengang dengan aku. HAHA*

Kenai dak Kak Lyssa? Tak kenai muhong laa.
Blogger yang terkenai dengan Tutorial Berblog adalah Kak Lyssa yang aku tengah mention nie haa.
Maap laa kalau dia tersedak. Ahaks. HAHA :D

Okay. Aku nak story pasai Novel.
Sapa suka baca novel angkat tangan...
Sapa suka baca novel tapi tak penah nak beli haqap pinjam kat oqang angkat kaki...
Whoaa. Good nya hang. Kita serupa. Bhaha :D
Pesyen nak baca tapi duit takmau wak keluaq.
Ha Ha Ha Ha Ha.

Hari Selasa yang lalu aku telah khatam novel Sebenarnya.....SAYA ISTERI DIA!
*khatam? Ciss. Khatam novel, ingatkan khatam Quran.*
Novel nie tebai kalah Oxford Dictionary.
Tapi jalan ceqita dia memang ohsemm.





Haa. Nie dia novel tue. Karya Zura Asyfar
Watak utama Firash Arshad, Syafa Aqira & Farish Adryan.








Haa. Aku qasa lagi tebai novel tue daqi Kamus nie.
HAHAHAHAH :D
Novel syiok sangat nak baca, yang Kamus nuh punya penyegan nak selongkaq.


Girls. Hang mau dak kahwin dengan lelaki yang 4 tahun lebih muda dari hang?
Dia belajaq pun tak habih lagi. Hang mau????

Guys. Hangpa pulak mau dak kahwin dengan pempuan yang 4 tahun lebih tua dari hangpa?
Confirm takmau. Yaaaaa. Awai lagi aku dah tau.

 


Okay. Sinopsis sikit kay dari apa yang aku baca.

 


Ceritanya macam nie. Farish Adryan dan Firash Arshad nie dua beradik.
Farish abang & Firash adik.
Farish bercinta dgn Syaf a.k.a Syafa Aqira.
One day entah macam mana terperangkap dalam satu bilik dan si adik nie terlanjur dgn awek abangnya.
Mau takmau kena kahwin. Dah laa awek abang sendiri.
Mai hari akad nikah si abang excident then meninggal. Fuhh........

Eh eh, kalau aku ceqita sampai besok pun tak abeh. Tapi Firash tue memang suhwit giloz.
Beruntung kalau aku dapat dia. HAHAHAHAHA :D
*dia mula dah. Lempang dia sikit weh!*

Lastly, endingnya.

Setelah dapat terima diri masing-2 dalam perkahwinan depa.
One day, Firash tersedar yang Syaf merangkap wife dia tue 
rupanya pempuan yang penah dia cium dulu masa dia umur 6 tahun.
 Rupanya Syaf tue ialah Kak Qira yang selalu ajar dia baca Quran kat rumah makngah depa. 
Syaf pun baru tahu yang rupa rupanya Firash adalah Acad yang cium dia dulu. 
Acad penah janji dia nak kahwin dgn Kak Qira masa umur Achad 6 tahun. 
Disebabkan jodoh di tangan Tuhan. 
Terpisah bertahun tahun namun dipertemukan balik.



SINOPSIS YANG REAL.

 
Sebenarnya Saya Isteri Dia ........

Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.
Cadangan ibu kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu terpaksa diterima dengan reda walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagia. Dia terpaksa dalam rela demi sebuah harga diri dan rasa kasih terhadap Datin Farizah.
"Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." – Firash Arshad.
"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." – Syafa Aqira.
Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.
Semuanya mula sedikit demi sedikit berubah apabila kawan baik serta abang sepupu kepada Firash cuba untuk mendekati Syafa dan kala itulah Firash mula menyedari yang dia sudah mula menyayangi isterinya itu.
"Kenapa pulak tak nak ikut? Boring giler saya duk kat rumah tu. Ada baiknya ikut awak pergi tengok wayang. Lagipun bukan senang nak dapat tengok filem macam ni untuk hari pertama. Biasa kan full seat je. – Syafa Aqira.
"Ye ke? Atau awak risau takut saya pergi dating dengan orang lain?" – Firash Arshad
Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.
"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" – Syafa Aqira.
"Betul ke tak ingin? Dulu okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" – Firash Arshad.
Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?


Nak tahu selanjutnya, pi beli lekaih kat Popular. Harga RM30 jaa.
Takkan bekira kot? *kata oqang aku pun sama*
HAHAHA :D See you next entry.


Wassalam.





10 comments:

  1. wahh, suke novelyer, teringat zaman sekolah, org bace buku SPM, sy bace buku novel hehe, nasib result okey hehe

    sy follow awk :)
    http://ehfarahin.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa. Kantoi lerr tak baca buku SPM..
      Eh, tapi takpa. Akak kan dah lepas sekolah.
      Untung laa result okay. Hiks.
      Thanks follow Fatyn.
      Nak terjah blog akak nie. Gtg

      Delete
  2. thanks darling cz sudi memiliki SSiD n thanks again cz buat review <3<3<3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh eh, Zura Asyfar yang REAL ke nie? Whoaaa. Excitednyeeeeeee

      Delete
    2. Novel ni dah lame kuar ke?¿¿ huhu.. Check2 balik, rupenye dah cetakan kesebelas, mac 2013... Best giler novel ni. Smlm start bace kul 9pm sampai kul 2am.. Td sambung dari kul 8pm sampai 1.30am.. Baru khatam.. Pantas ok bg org mcm sy yg bukan kaki novel ni. Ni novel kedua yg sy pnah bace.. Novel 1st: ombak rindu, baca tahun 2003... Angau dgn watak chad!!! Huhu.. Tahniah kak zura... -Namaku Ika-

      Delete

Dah baca? GREAT..
Silalah komen. THANKS :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...